Rabun

Bismillah.

Aku pakai cermin mata dah lama. Since hujung darjah dua.

Kalau diikutkan dah lapan tahun. Peh lama gila.

Nak tunjuk lamanya tu boleh kata sampai orang lain boleh tak cam kalau tengok muka aku without spectacles. Sampaikan aku sendiri tak berani nak buka spectacles in public. Peh insecure dia sampei cenggitu.

Lapan tahun pakai spec, mestilah ada yang tanya en;

"Apa perasaan pakai cermin mata?"

"Tak rimas ke pakai cermin mata?"

Perasaan, i mean like seriously perlu ke ada perasaan masa pakai cermin mata. Benda tu just tergantung kat telinga dan hidung kau dan kau boleh hidup macam biasa, buat rutin macam biasa. 

That statement actually answered the second question too.

Lapan tahun pakai spec, ramai jugak orang yang berspec cakap rimas and tak suka pakai cermin mata. And I was like, why? 

Mereka lagi rela kabur penglihatan daripada jelas penglihatan dengan bantuan spec. Wow. Amazing. Bukan setakat tu, rajin pulak tu nak bawak spec ke mana-mana by hand and pakai bila perlu. Pastu kalau misplace, baru terkial-kial nak cari. Kalau susah sangat pakai contact lenses je lah. Tak payah susah-susah nak bawa spec by hand.

Wah emo betui aku ni.

Kalau aku lah takde spec, bukan setakat penglihatan, pendengaran pun terjejas. Bila buka spec, I was like in my own world sebab satu hape pun tak boleh nampak dengan jelas. It was like I lost my world.

Okay, last week my spec patah. And the funniest thing is, aku selotape it balik with Aini.

Aku tahu selotape tu takkan tahan lama. Lama-lama nanti akan tanggal juga. So, untuk mengelakkan dia cepat tanggal, aku cuba untuk tidak melanggar pantang (acah).

Apa pantangnya? Spec tak boleh kena air, so aku tinggal spec di atas katil bila nak pergi mandi. Spec tak boleh dibuka selalu, so time solat aku tak bukak spec macam biasa, aku biar je terpakai.

One thing aku boleh cakap, bila aku tak bukak spec time solat, aku lebih susah nak khusyuk.

Mata aku jelas, maka aku boleh tengok sekeliling dengan jelas. Orang jalan, serangga lalu, benda terbang-terbang semua boleh nampak. Suara semua aku dengar. Tak boleh aku.

Bila aku buka balik spec, mashaAllah. Aku dapat rasa perbezaannya.

Bila mata kabur, kalau orang lalu pun aku buat tak kisah. Benda terbang-terbang semua aku tak nampak. Suara takat dengar takbir udah le kan. Cukup perisa. Suasana yang cukup untuk bantu aku khusyuk.

Ada hikmah mata kabur ni, nampaknya.


Kbye.

Comments

Popular Posts