Puisi: Pelanduk Banyak Serupa

Pelanduk Banyak Serupa - Izzati Rafiee

Seperti pelanduk serupa,
Cebisan dikau aku jumpa,
Di celah-celah keramaian
Manusia di alam nyata.

Setiap kelip, setiap detik,
Setiap cebisan aku petik,
Besarnya harapan supaya
Cebis demi cebis
Lama-lama menjadi bukit.

Bila patutnya aku gembira,
Ada terasa kudis terbuka,
Pedih, tengik dan perit;
Dek cuman
Cebisan dikau saja yang ada.

i.r
14032023
12.43 am

Nota pemuisi:

Orang kata bila rindu, sekecil-kecil perkara pun boleh buat teringat.

Begitulah puisi ini. Sentimen hampir sama dengan karya lama Someone Like You, tapi ditulis dalam bahasa ibunda dan ada sedikit unsur-unsur pesimisme.

Mohon doa kalian untuk allahyarham ayahanda tercinta sempena ulang tahun yang (seharusnya) ke-75.


Sekejap je dah tujuh tahun. 

Tak pernah lenyap sesaat pun rindu kami.

Al-Fatihah.

Comments

  1. Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi kamu dan keluarga kamušŸ„°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih šŸ¤ Semoga doa baiknya berbalik jua

      Delete

Post a Comment

Popular Posts