Satu Syawal yeayy
Bismillah.
Hari kedua Aidilfitiri. Selamat hari Raya!
Ehehe.
Raya kedua seems like hari dimana aku dan family cuma menonton televisyen dan menanti panggilan kalau tiba-tiba ada tetamu nak datang.
Semalam? Haha haruslah meriah.
Satu Syawal kami sekeluarga sama seperti Satu Syawal tahun-tahun sebelum ni. Rutin yang sama, kemeriahan yang berganda.
Bangun pagi, macam biasa muka ini lah yang akan menggosok baju papa dan bill. Malah semalam aku bertekak sikit dengan adik aku sebab dia nak pakai baju melayu pink pada hari raya pertama tapi ayah aku pakai kurta biru.
"Nak pakai baju melayu ni la."
"Ish apa ni takkan raya first tak nak sama dengan papa?"
Memang adat papa dan bill untuk pakai baju yang sama warna pada pagi raya. Setiap tahun, mama akan beli baju warna sama untuk mereka berdua. Kalau adik ada baju warna kuning, dia akan beli satu untuk papa juga.
Akhirnya dia buat keputusan untuk ikut cakap aku. Aku gosok baju mereka then bersiap untuk ke masjid.
Papa memang akan rasa pukul 8 tu sangat lewat untuk pergi sembahyang raya sedangkan aku sangat yakin yang pukul 8.30 baru start solat.
Habis solat raya, ramai gila orang yang keluar tak dengar khutbah dulu. Semua aku tengok bukannya bangun nak pergi toilet ke hape, tapi straight start engine pergi balik rumah.
Makcik yang duduk sebelah aku tu siap tepuk aku cakap,
"Ramai betul yang keluar. Patutnya dengar khutbah dulu. Dengar khutbah wajib en?"
Ha aku angguk je sambil sengih.
Ok. Habislah pasal sembahyang raya.
Balik rumah, kami makan. Mama masak mihun goreng dan mihun sup. Pagi raya rumah aku memang susah nak jumpa rendang ke nasi himpit ke jadi mohon bersabar sampai anda ke rumah nenda baru jumpa itu barang.
Tengok tv bagai, lepas solat jumaat baru kami gerak ke rumah nenek di Sungai Buloh.
Di rumah nenek ni lah tempat kami keluarga besar berkumpul. Makcik-makcik, sepupu-sepapat semua mai raya sini sebab inilah tempat kami beraya setiap satu Syawal.
Sampai sana, semua makcik-makcik aku sampai serentak. Wah nampak sangat kan semua orang memang plan lepas solat jumaat baru nak datang.
Makcik aku yang duduk dengan nenek, Cik Lah suruh makcik-makcik yang lain bawa potluck. So macam-macam hidangan lah ada. Mak aku bawak mihun goreng, Cik Wok bawak laksa johor (nyum), Cik Bah bawak rendang daging and barangkali nasi himpit tu pun dia punya (nyum) and Acu bawak desert stuffs like jeli kut tak silap aku. Cik Lah sendiri masak kuah lodeh and prepare air sirap untuk semua.
Ok. Bayangkan eh, atas meja makan baru tu, penuh meja dengan segala jenis makanan yang ada mashaAllah memang tak menang perut makan.
Laksa Johor saya siap tambah tiga kali (gemuk) . Sedap you. Lama tau mahu makan itu laksa. Dari kat sekolah lagi dah terbayang.
Rumah nenek ada tiga bahagian. Ruang tamu, kawasan bilik and dapur. Kau bayangkan eh, semua saudara mara akan masuk ikut dapur maka kami berpadat-padatan lah di situ walaupun panas kerana kipas hanya dua di kawasan sesempit itu.
Ikutkan hati, aku memang nak lepak dekat dapur dengan makcik and sepupu semua but I kenot la too padat too hot plus ketiadaan tempat duduk kerana semuanya telah occupied.
So aku lepak kat ruang tamu. Bersama anak-anak Acu dan adik. Makan laksa semua kat situ. Ambil kat dapur makan kat depan. Dina, anak Acu yang sulung siap cakap macam ni.
"Eh, Cik Lah tak marah ke kita makan kat depan ni?"
Ada sebab kenapa kawasan ruang tamu dilarang untuk makan dan minum di situ. First sebab taknak kawasan yang memang cantik habis tu bersapah dengan makanan. Second sebab banyak karpet bulu-bulu kat situ nanti nak bersihkan susah.
Hakikatnya, Cik Lah tak kisah pun kalau para dewasa nak makan kat depan. Yang dia tak baginya ialah kami para kanak-kanak riang makan tumpah-tumpah dari pinggan. Tapi kami dah besar, makan dah tak sepah dah. Jadi ini jawapan aku.
"Ala, kita makan dah tak sepah dah takpe."
Sepanjang kami makan kat depan memang kami menjaga etika pemakanan yang betul supaya tidak dibebel sekaligus menghancurkan mood hari raya kami.
Hakikatnya aku tengah menunggu dua perkara. Satu, tunggu family semua nak pergi baraan ke rumah saudara-mara di belakang. Dua, kakak-kakak yang nak datang sini.
Mama panggil,
"Ety pergi ha ajak bill ikut Acu semua beraya kat belakang. Pergi collect duit raya."
Bila aku dengar tu i was like yes yes yes akhirnya kemuncak satu syawal di Paya Jaras haha. Bila aku keluar je then adik aku cakap.
"Ety, kakak (s) dah sampai."
Hadoi. Aku dilema dah nak pergi beraya ke pergi jumpa kakak. Aku pun ikut je lah adik aku pergi beraya ke belakang.
Apa yang menarik tentang baraan kami sekeluarga?
Pergi beramai-ramai dari rumah nenek mula menyusuri lorong ke belakang. Sekarang ni kan macam baraan ni kan susah sangat nak jumpa en. Lepas tu, semua sepupu-sepapat yang dah kahwin akan bawa pasangan masing-masing baraan sekali. Bayangkan even baru kahwin bulan 8 aritu pun akan ikut sama. Dapat tunjuk lah budaya family kami ni hehe.
Happy jugak la bila tengok pasangan sepupu semua kinda enjoy dengan budaya kami.
Then aku balik rumah jumpa kakak (s). Mula lah kami bergurau sendaan berusik usikan berbual bualan dan sebagainya.
Then mama ajak.
"Hey jom kita amik gambar. Kita tak pernah ada family picture masa raya."
Yeayyyy!
Aku sangat happy sebab memang itu lah mission aku raya ni hehe. Kami amik gambar a few pictures siap gaduh-gaduh sebab aku buat muka pelik-pelik.
Lepas tu, kami buat tahlil. Hakikatnya mereka buat untuk papa yang dah uzur sikit. Alhamdulillah aku terharu. Aku baca Yasin kuat-kuat sampaikan aku dah sakit tekak.
Lepas tu kami balik. Omg so exhausting I slept in the living room then mama woke me up tengah-tengah malam.
These Satu Syawal ni aku tak yakin nanti bila aku dah dewasa aku boleh dapat ke tidak.
I mean, when my aunts and my parents and my uncles are no longer exist. Adakah tradisi tu akan hilang macam tu je? Kami generasi keempat ni adakah akan masih beraya di rumah nenek, walaupun nenek dah tak ada?
Banyak kali aku terfikir semalam, di celah-celah keseronokan aku berhari raya.
Btw,
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua yang membaca blog ini. Kepada yang mengenali diri, mohon maaf atas segala kesilapan saya saya tahu saya memang naif banyak buat salah.
Kepada TLM, Happy Eid Guys! I love you so much sorry kalau ada buat salah. #tlmberaya
Mama, papa, nenek, tuk sedara (s) nenek sedara (s) adik, kakak (s), abang ipar, anak buah, bakal anak buah, bakal abang ipar, makcik (s), pakcik (s), sepupu (s), bini / laki sepupu (s), anak sepupu (s), anak kepada anak sepupu (rasanya takde lagi) and semua ahli keluarga yang saya tak ingat nak sebut , saya minta maaf sebab saya ni memang pendiam nak kata kerek pun boleh sebab saya tahu saya yang salah.
Happy Eid Mubarak!
love,
Izzati Rafiee. :)

Comments
Post a Comment