"Jawab sendiri nanti."

Bismillah.

"Ni ayah nak tanya sikit dekat anak-anak ayah ni soalan cepumas. Siapa boleh jawab ayah bagi RM5."

Soalan ni dilantunkan oleh suami Acu, Pakcik Mail semasa aku, mama dan adik keluar beraya bersama keluarga Acu petang tadi. Masa ni kami dalam perjalanan ke rumah Cik Bah dan baru balik dari rumah Cik Wok.

"Solat."

"Siapa tuhan kamu?"

Aku yang duduk kat belakang sekali dengan adik perlahan cakap,

"Ma Rabbuka."

Hakikatnya aku dah tiada suara dan sekali suara aku dikeluarkan memang sumbang tak payah tunggu aku nyanyi katak dah buat koir dulu.

Btw.

"Ma Rabbuka. Maksudnya?" -pakcik

"Siapa tuhan kamu."-cousins

"Lepas tu nanti kita nak jawab apa?"-pakcik

"Allahu Rabbi."-cousins

"Itu kita nak jawab nanti, hari ni kita jawab apa?"-pakcik

Semua orang diam tak faham. Kinda terpinga-pinga. Masih lagi tak faham hala tuju hujah Pakcik Mail.

"Dalam kubur kita jawab Allah, tapi hari ni kita jawab Korea Rabbi."

Peh aku sentap tercucuk zupp zupp sebab tadi kat rumah Cik Wok kami duk melayan cerita Korea. Well, walaupun aku tahu hakikat yang Pakcik cakap 'anak-anak ayah' dan aku bukan anaknya tapi hakikatnya aku pun terlibat dengan kegiatan yang dilakukan oleh anak-anaknya tadi.

"Tadi Dina, Yas dengar tak azan? Allahu Akbar Allahu Akbar?"

"Dengar.."

"Pastu tadi ayah ajak pergi solat, Yas cakap apa? Lima minit lagi lima minit lagi."

Diam lagi.

Semua dah sentap sebab masa tu semua belum solat Asar except for Pakcik Mail.

 "Allah panggil kita lepastu kita lima minit lima minit sebab nak tengok cerita Korea. Kiranya bukan Allahu Akbar, Korea Akbar lah kan? Nanti dosa ni tanggung la sendiri, jawab lah sendiri, ayah taknak tanggung."

Titik. Sentap. Tercucuk. 

Hujah ditamatkan dengan menurunkan kami di masjid untuk solat Asar.

Nampaknya, Aidilfitri kali ni bukan sekadar rendang dan lemang.

Ehe.

"Jawablah sendiri."


Comments

Popular Posts