Bukan otak kira-kira

Bismillah.



Aku gagal Addmaths. Lagi sekali.

Dan kali sesiapa yang gagal takkan dilepaskan begitu sahaja. Kami dicengkam oleh peperiksaan ulangan. Yang pastinya membuatkan kami rasa dihantui.

Aku ingat lagi, dua minggu lepas pada hari jumaat. Ustazah Siti Aida, S/u peperiksaan sekolah,  beritahu bahawa ujian ulangan akan diadakan pada minggu hadapan. Ustazah maklumkan jadual dan retest exam bagi Addmaths jatuh pada hari jumaat minggu hadapan.

Aku ada masa seminggu untuk berusaha lol.

Sempatkah aku?

Lagu saspens bergema.

Hari pertama. Hari jumaat. I consider it as the first day.

Hari Konsultansi Prestasi Pelajar.

Mama dan papa datang dalam pukul 11 pagi. Papa tak ikut masuk dalam dewan. Dia duduk luar dalam kereta. Mama ikut aku masuk dewan.

Aku nervous tapi aku yakin aku akan lebih nervous kalau aku tak beritahu awal-awal result aku pada mama pada malam sebelum itu. Banyak kali aku cakap sorry. The only thing she said lepas aku minta maaf is,

"Dah dah la tu takpe usaha kuat lagi"

Kami masuk dewan, aku mula survei cikgu yang macam tak ramai orang. Paling penting aku survei meja Addmaths. Aku memang nak sangat mama jumpa  cikgu Addmaths aku.

Aku tak tahu kenapa tapi aku betul-betul nak dengar ayat motivasi daripada Cikgu Ruslina. Aku minat subjek ini tapi otak aku bukan otak kira-kira. Kelebihan otak aku boleh diranking kan bermula daripada subjek bahasa, subjek literasi dan subjek kira-kira.

Disebabkan ramai sangat pelajar, aku dan mama cuma sempat ke meja Bahasa Inggeris dan Biology. Meja Addmaths terpaksa aku lupakan sebab semua orang tahu itu merupakan the hottest subject di Sepintar.

Lepas konsultansi, kami balik rumah. 

Dua hari kat rumah tak payah cakaplah macam mana dia punya relaksnya. Minta sepak punya relaks. Macam there's nothing to be afraid of next week. Kalau memang pandai takpe la jugak. Tapi kalau pandai tak adanye retest kan.

Jadi dipendekkan cerita sehingga la tiba hari berbahagia sehari sebelum ujian retest.

Usai terawih dan witir, aku bergerak seperti biasa masuk ke dalam usrah masing-masing untuk tadarus. Usrah aku ambil port kat tepi tangga masjid, tempat yang sejuk dan selesa untuk bersantai.

Adik usrah aku merangkap adik dorm aku, Irdina beritahu aku.

"Kak Rizz, ada budak f1 muntah, kak rizz. Ada orang cakap adik dorm kita."

Aku terkejut, tengok ke arah yang Irdina tunjuk. Muntah di kawasan rak kasut, sampaikan ada kasut yang menjadi mangsa.

"Siapa?"

"Tadi Hannah kata Okie, Dunat dengan Safiyyah."

Ok aku terdiam. Aku panggil adik dorm f1 aku, Mun.

"Bila diorang muntah? Mana diorang sekarang?"

"Tadi lepas terawih, sekarang diorang kat dorm, dah beritahu kak Syeroux dan tadi."

Aku angguk dan biarkan dia dan ahli usrahnya membersihkan muntah tu. Kata kakak naqibahnya si Hawa, aktiviti usrah lol.

Lepas tadarus, aku stay masjid lama sikit. Aku sangat lah malas masa tu untuk balik dorm entah kenapa aku pun tak tahu. Aku lepak lama, dah dekat Al-Mulk baru aku masuk.

Masuk asrama, terkejut beruk aku tengok ramai gila budak form 1 yang muntah-muntah dan bergelandangan (jahat sangat ke istilah) di bawah khemah aspuri. Semua muka lesu pucat loya. Ketua dorm (KD) Kuning 1 Aishah Manaf tengah urut adik dorm dia yang tengah muntah di tepi longkang.

Kak Nad timbalan ketua umum, suruh aku pergi tengok adik dorm aku instead of bantu budak Kuning.

Aku lari balik dorm. Hadoi acano boleh lupa ada adik dorm yang muntah tadi.

Aku masuk dorm, lima orang adik dorm aku yang tak sakit perut tengah baca Al-Mulk. Aku pergi kat budak yang sakit, seorang demi seorang.

Aku pergi dekat Okie, hadoi dia paling kronik. Tahap memang tak boleh nak muntah dah sebab dah muntah banyak kali dan hampir dehydrated. Badan dia lesu. Aku memang risau habis dekat budak ni badannya dahlah kecik hadoi.

Pastu dapat arahan budak yang sakit pergi ke Kuning 1, so senang sikit nak pantau. Budak dorm aku yang sakit semua gerak pergi ke sana since diorang boleh jalan lagi. Tapi, masalah yang satu adik dorm aku yang Okie ni memang tak larat langsung nak bangun.

Aku cakap kat Syeroux,

"Weh, adik dorm aku ni memang tak larat langsung nak bangun."

Aku dah pujuk dia supaya bangun tapi dia asyik cakap.

"Kat sini je tak boleh ke....."

"Tak nak...."

Last-last aku angkat dia dengan Syeroux dengan tak berslipper kitorang redah dari Hijau 1, Biru 1 lalu bilik basuh, toilet, Merah 1 dan akhirnya sampailah ke Kuning 1.

Malam tu warden bertugas, Cikgu Rosila. Cikgu nak bawa semua budak f1 yang sakit dan muntah-muntah ke hospital. Aku nak ikut tapi terbantut bila teringatkan sesuatu.

"Allah, esok retest!"

Cis. Time subjek kritikal ni jugak la ada problem macam ni.

Aku try pujuk cikgu nak ikut tapi cikgu tak bagi. Sebenarnya ikutkan perasaan memang aku malas nak ikut tapi keadaan adik dorm aku yang lemah sangat tu buat aku rasa aku perlu ikut.

"Retest kan esok? Tak payahlah ikut."

Aku redha. Aku biarkan beberapa orang exco yang lulus Addmaths nya pergi. Aku dengan Aishah biarkan.

Lepas bas sekolah dah gerak ke hospital, aku masuk asrama. Dah hampir 12.30 pm.

Aku dah ngantuk tapi, tak boleh nak tidur. Aku rasa time aku tidur tu mungkin dah dekat pukul 2.

Esok aku bangun pukul 4.30 pm. Aku dengar bunyi riuh rendah oh adik dorm aku yang pegi hospital dah balik. Aku turun katil nak tengok condition Okie.

"Hai!"

Okie yang hai aku dulu. Aku senyum. Alhamdulillah dah ok. Aku tengok yang lain. Ok semua sedang tidur. Dah ok kut.

Lepas sahur, aku study menghadap nota Addmaths sampailah subuh.

Pagi tu aku masuk dewan, redha dengan segala apa yang aku mampu. Aku buka kertas. Aku usha. Ya Allah, soalan Quadratic Functions banyak sangat i want to kerai because itu topik paling aku tak faham omaigad.

Habis paper 1. Peh aku punya termangu sampai tertidur sebab dah buntu tak tahu nak jawab apa. Aku dapat rasakan aku akan retest lagi lepas raya ni haih.

I was so frustrated with the exam and seriously i wanted to cry so much but i couldn't.

Lepas kertas dah dikutip, kawan sebelah aku Pipah tanya aku.

"Rizz, ok tak?"

Geleng. Sebak. Menyesal. Menunduk. Menangis.

Aku menangis sampailah Sir Zaidi cakap semua pelajar boleh keluar. Aku bangun, dalam sisa air mata aku cari mana-mana kawan aku. Aku nampak Aini, aku meluru ke arah dia and terus peluk.

It's been a while since I cried because of Mathematics.

Last time, masa awal tahun form 3.

My friends thought that i was just playing around until they saw my tears. Mula lah sesi pujuk memujuk like crazy sampai keluar dewan. Aku amik nota, kesat air mata baca lagi for paper 2.

Paper 2 aku nekad taknak nangis dah. I survived tapi macam tadi soalan Quadratic Functions sehapak pun tak terjawab sebab tak faham.

Entah aku redha dah. Habis exam rasa macam dah habis SPM rasa nak kahwin terus lol.

Ok. That's my story about my chances on failing Additional Mathematics for the second time.

Or already failed it.

Should I continue or what?

Saya bukan otak kira-kira.

Kbai.

Comments

Popular Posts