How ego destroys people.


Bismillah.

One question. 

Kenapa agaknya sesuatu kumpulan atau sesuatu persatuan tak boleh bersatu-padu?

Sebab, tiada persefahaman mahupun sokongan antara satu sama lain. 

Alright, let me tell you something.

Khamis lepas, ada tayangan video di masjid.  Malam tu, kami tiada prep dan pihak Badar adakan majlis ilmu. 

Ada tiga video yang ditayangkan, tapi aku lebih tertarik kepada video yang kedua.



A warning from Allah about the ummah.

Mufti Menk said, we have 2 billions people in the globe, we cannot agree to swat a fly.

Apa maksudnya?

Okey, cuba bayangkan dalam dunia ni, kita ada hampir 2 bilion penduduk bumi. Kau bayangkan masa tu ada seekor lalat yang berterbangan di sekeliling kita. Seorang nak pukul lalat tu dengan suratkhabar tapi, ada yang halang.

"Kau ni tak berperikemanusiaan ke ha? Kau fikir lalat tu tak nak hidup?"

ATAUPUN,

"Apa barang pakai surat khabar pakai Ridsects baru power."

ATAUPUN,

"Biarlah lalat tu, bukan dia kacau kita pun."

Hanya kerana seekor lalat, sebuah pergaduhan boleh berlaku.

What does this mean?

Tiada persefahaman dalam sesebuah kumpulan ataupun persatuan, akan menyebabkan kumpulan itu atau persatuan itu kucar kacir. Everyone is a BIG SYEIKH of its own. Semua orang ialah ketua kepada diri sendiri. Semua ada pendapat sendiri yang WAJIB semua orang ikut.

Bayangkan kalau semua orang berpendapat 'pendapat aku semuanya betul dan semua orang kena ikut sebab pendapat aku lah yang paling betul.' SEMUA ORANG BERPENDAPAT BEGITU. Habis tu, siapa je yang nak ikut cakap kita?

Get it?

Macam mana sesebuah ummah nak maju kalau terlampau ramai syeikh yang ada dalam ummah?
Macam mana sesebuah ummah nak naik kalau semua orang ego dengan pendapat diri sendiri?

I'll leave these question for us to answer by ourselves.

This is how ego destroys people. Dengan cara pentingkan diri sendiri.

No wonder la kalau sebelum penciptaan manusia sendiri, malaikat sudah mempersoalkan kejadian manusia.


"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah: 30)"

Malaikat, awal-awal ketika Allah nak cipta kita, mereka tanya,

"Kenapa Kau nak cipta orang yang menghancurkan bumi Kau yang serba bagus ini? Kami kan dah ada, kami yang confirm-confirm takkan ingkar kepada Kau."

Kemudian, Allah cakap apa.

' Inni 'A'lamu Maa laa Ta'lamuun.'

"Sesungguhnya, Aku mengetahui apa tidak kamu ketahui."

Allah backup kita.

Kemudian, bila diperhati apa yang malaikat persoalkan itu betul. Manusia sendiri yang menghancurkan bumi. Nak kata sesuatu perkara tu hancur, salahkan manusia dulu.

Pemanasan global, salahkan manusia yang tidak kisah dengan pembebasan gas berbahaya.

Kepupusan binatang, salahkan manusia yang tidak kisah dengan habitat-habitat semulajadi binatang.

Tiada perpaduan dalam ummah, salahkan manusia yang tidak habis-habis hendak bergaduh kerana perbezaan pendapat.

Hanya sebab ego, yang sebenarnya boleh kita kawal.

Guys, just think about it. Everyone keeps on nagging about unity, tapi siapa sebenarnya yang menyebabkan tiada kesatuan?

Jangan tuding jari kepada orang lain. Apabila kita menuding jari kepada orang lain, empat lagi jari menghala ke kita. Berhenti salahkan orang lain. Jangan terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain, sampai terhijab kesalahan sendiri.

Betul, manusia tak perfect. Semua buat kesalahan. Tapi, jangan sebab kesalahan yang kecil tu, semua mula berpecah belah. Jangan sebab tidak sependapat nak pukul lalat, semua orang bergaduh besar.

Fikirlah.

Segala yang baik datang daripada Allah, yang buruk tu datang daripada Allah juga tapi disandarkan kepada diri yang lemah ini.

Assalamualaikum. 

Comments

Popular Posts