#tlmrewang

Bismillah.

Khamis lepas, form 4 ada praktikal sembelihan. Lebih kepada sesi amali sempena pembelajaran PAI dan PSI.

Kira-kira sebulan before program, ketua program, Ali mula la sibuk tanya siapa nak sembelih, masak dan sebagainya. Mula-mula bila dengar sembelih aku macam gerun tapi bila fikir balik en bila lagi aku nak sembelih binatang en? Kat luar takkan la aku nak serbu pusat penyembelihan ayam and offer diri jadi penyembelih ayam pulak en.

Lagipun without pengalaman, takde maknanya tauke pusat penyembelihan ayam tu nak amik aku kerja.

So pendek kata,  aku decide untuk sembelih, ambik pengalaman lah katakan.

Then minggu last before CAT (cuti akhir tahun), semua sibuk dengan persiapan program, lagi-lagi budak-budak ajk.

Malam khamis, ada taklimat. Aku dan Aini sama-sama akan menyembelih. Aku sembelih, Aini pegang. And malam kami tahu mangsa kami. Esok mangsa kami berjumlah 40 ekor ayam, 12 ekor arnab dan 2 ekor kambing.

Bila Ali tanya siapa nak sembelih arnab, member semua macam encourage aku to sembelih the arnab tapi aku macam oh no no. Aku cuma berani nak sembelih ayam since aku sebenarnya takut aku jatuh kesian and arnab tu jadi haram kat aku. Aku tak nak lah jatuh haram sebab aku sendiri nak merasa daging arnab.

Esok lepas taklimat daripada Ustaz Kamilen yang penuh dengan jihad menahan mengantuk, kami gerak ke masjid. Semua excited nak pergi tengok mangsa.

Sampai kat khemah, ada tiga ekor kambing. Aik semalam kata dua wat ada tambah satu pulak.

Then ada bunyi healer "Berterima kasih lah kepada Makcik Rubina kerana mendermakan seekor kambing kepada kita."

Oh ok. Makcik Rubina yang cleaner tu derma ok terima kasih makcik.

Mula-mula aku tengok ayam. Hadoi masa tu si Izz dengan Alif yang sembelih relaks selamba je macam takde pape. Muka sumpah relaks.

Pastu lepas ayam, budak laki dah bawak naik kambing. Aku hape lagi terus pegi tengok kambing pulak sembelih.

Ok sembelih kambing pun nampak senang. Sekali sembelih, putus urat,  biar atas tanah sampai mati. Same konsep. Cuma kalau nak aku buat sendiri tu tak terberani lah den.

Bila agak-agak dah lama sikit and berani sikit, aku ajak Aini amik ayam. Amik ayam fuh nasib baik ayam tak meragam nak terbang ke hapa. Tengah nak tunggu after tu aku praktis la nak sembelih and pegang kepala en nanti elok-elok boleh makan nanti jadi bangkai pulak.

Lama tunggu, hai makin ramai pulak potong line aku dah bosan. Aku tengok ayam aku cakap.

"Kau tengok muka aku ni, ni la muka yang akan sembelih kau dan akan makan kau. Takpe terima kasih ya sebab bantu pembelajaran kami."

Cool je ayam tu buat muka tak tahu pape.

At last, my turn. Aini pegang, aku sembelih. Pegang pisau, then aku sembelih. MashaAllah aman gila aku sembelih ayam tak menggelupur pun. Before ni ada ayam menggelupur time disembelih sampaikan terberak kena seluar orang yang pegang.

Tapi bila campak masuk kawasan penggelupuran, ayam aku melompat menggelupur uish seksa betul nampak. Terberak dia kat dalam tong tu haha. Nasib tak berak time sembelih naya Aini nanti.

Lepas sembelih and ayam dah mati, kitorang pegi tempat nak cabut bulu and siat pape yang patut. Cabut-cabut bulu dengan bantuan Arif Haziq pastu potong-potong mana yang patut pun dengan bantuan dia. Jadi fasilitator kawasan la kut.

Lepas tu kami turun bawah, nak pegi potong pulak. Masa tu la dapat tengok semua organ dalaman ayam wah pengalaman baru. Dan kali ni kerja pemotongan dibantu oleh Filzah (Jot).

Lepas dah siap potong semua, ayam pegi hantar kat tempat jemah-jemah basuh ayam. Aku pun dah tak tau nak buat apa so kami pegi kantin then pegi tengok orang masak. Yeay Ustaz Kamilen dah nak start masak!

Instead of budak perempuan, budak laki yang masak. Yes, mungkin sebab ketuanya Ustaz Kamilen jadi terpaksa la kami yang anak dara sekadar jadi assistant amik barang dan sebagainya.

Dan juga jadi jemah cuci periuk belanga.

Biasa rewang manade perempuan basuh pinggan la bagai en biasa laki tapi ni la jadinya bila tlm merewang.

Nah payung gambar sikit.





























Rasanya lepas SPM nanti boleh buka bisnes katering. TLM katering lol.

Kbai.


Comments

Popular Posts