Puisi: Dalam Bilik Ada Orang




Dalam Bilik Ada Orang -
Izzati Rafiee

Bilik kosong,
Ruang lapang,
Kamar sepi.

Tapi mindanya berselerak,
Memekik-mekik,
Enggan memahami erti henti.

i.r
13062022
11.38 pm


Nota pemuisi: 

Akhir-akhir ni, aku perasan yang aku tak boleh duduk seorang lepas itu tak buat apa-apa. Kalau duduk seorang tu, kenalah buat sesuatu, main telefon ke dengar lagu ke baca buku ke. Kalau termenung sahaja-sahaja, memang akan mula sedar diri dan otak terus lari dari mod auto pilot. 

Nanti, muncullah anasir-anasir emosi yang tak diingini, yang aku sendiri tak faham kenapa aku tak nak mereka ni ada. Aku tahu emosi tu benda normal, sesuatu yang tidak patut aku tahan dan lawan. Tapi, manusiakan kompleks, dan aku masih dalam proses memahami diri sendiri.

Makanya dengan segala monolog dalam diri, terhasillah puisi ringkas ini.

Gituh.

Sekian sahaja, karya bahasa melayu saya setelah sekian lama.

Terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular Posts